Tuesday, November 20, 2012

Sori Berlori, jom balik ke pangkal jalan...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selasa
20-11-2012

Akhirnya, Saya berjaya menambah storage di blog lama Saya itu. Saya dah ikuti tutorial yang saya baca tapi ada beberapa step yang tertinggal. Hari ini atas pertolongan beberapa orang blogger yang arif, saya cuba ikuti, rupanya ada step tertinggal. Kini masalah sudah selesai.

Can we go back to my old blog? hehehe

Sori Berlori atas kesulitan.
 



 

Pertemuan Kite-Kite Ajer di Lavender Heights: “Salam bersambut ukhwah bertaut”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
19-11-2012


Pertamanya, Selamat Datang ke Blog Baru saya. Sila selesakan diri anda selagi sudi.

Akhirnya Saya terpaksa menyambung tulisan merapu Saya di sini. ‘Rumah lama’ sudah tak upaya menampung gambar lagi. Dan Saya pun dah tak rajin nak melayan beberapa setting untuk memulihkan keadaan.

Untuk entri sambungan, yaa... Saya nak tulis dan upload beberapa gambar sekitar Pertemuan Blogger di Lavender Heights, Senawang 18hb Ahad lalu.

Program yang dirancang kira-kira 2 bulan lalu, akhirnya berlangsung meriah walaupun kehadiran tidak dapat nak saing macam gathering sebelumnya. Cuti panjang di dalam cuti sekolah pula, ramai yang sudah memasang program lain.

Cuaca yang semedang hujan petang tidak mematah semangat bagi yang sudah bersedia untuk berimpun lagi. Saya bersama blogger Dato’ LF dan isteri serta Iyra, bergerak serentak lepas Zohor dari Bangi.

Walaupun hujan kejap lebat kejap berhenti, kami tiba juga di rumah Pakngah Hamzah al-Lavendari yang menjadi host gathering kali ini.

Pertama, nak tayang apa yang Puan blog ini bawa ke sana. Ini jer lah yang dia pandai...


Ada pelbagai menu, sesuai dengan majlis ala hi-tea.
Semua gambar makanan di sini yang saya sempat snap.


Puttu Mayam, dibawa oleh Acik Erna.


Nangka Madu yang manis, dibawa oleh Dato’ LF.


Epok-Epok Sayur, Pulut Tanak dan Pengat Durian, by Ida Mahmud.


Jagung campur Kelapa Parut, Cucur Jagung juga oleh Acik Erna.


Paprik Ayam dan Nasi Pakistan by, Ayu Akuzle.


Gulai Tempoyak yang menjadi rebutan dan idaman, by Acik Erna lagi.


Spagheti by Abah Zino.


Tuan rumah menyediakan Air Laici Kang. Mula-mula Saya dok sangka kuih raya dalam balang tu, rupanya bahan untuk Laici Kang.

Inilah hasilnya. Laici Kang.


Kali ini hanya sebiji kek berbanding dulu sampai 6,7 biji kek pada gathering.
Kek dibawa oleh blogger Abil.


Macam biasa, rekod kehadiran tetamu.



Suasana semasa acara kuiz berlangsung. Kuiz anjuran tuan rumah, yang menawarkan hadiah-hadiah dari luar negara! Saya ditugaskan sebagai pengacara majlis. Cewahhh...!



Semua tetamu mendapat soalan mudah dan hadiah masing-masing.



Semoga pertemuan kali ini mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama teman blogger. Next gathering diharap lebih ramai para blogger dapat meluangkan masa untuk bertemu berkenal-kenal, beramah mesra, bertukar pendapat juga saling sokong-menyokong.

Salam yang bersambut, lalu ukhwah terus bertaut...

Terimakasih kepada semua yang terlibat, juga kepada mereka yang saya ‘cilok’ beberapa gambar untuk dipaparkan di sini.

Lain-lain blogger yang turut menulis tentang pertemuan ini:
1. Dato’ LF: GATHER KITA-KITA AJE, AHAD 18 NOV 2012 ... MERIAH
2. Mama Ju: MUHARAM 5- PERTEMUAN BLOGGER DI LAVENDER HEIGHT
3. Abah Zino: Pertemuan pertama dengan warga KKA
4. Acik Erna: TERIMA KASIH TUAN RUMAH dan semua yang terlibat
5. Dr Daddy Ziyyad: Gathering Blogger 18 Nov 2012



~....sangat besar hasrat anak dara Pak Imam untuk menjadi menantu angkat Pak Utih kerana HISYAM menetap di Teratak Nyatuh, tetapi bila diuji Mak Utih menumbuk sambal sampai habis si ibu garam dek mata pedih, terus membuatkan SERI BULAN tersayat hati kerana dia yang lulus pun tidak dipandang orang...~


 

LinkWithin