Tuesday, November 20, 2012

Pertemuan Kite-Kite Ajer di Lavender Heights: “Salam bersambut ukhwah bertaut”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
19-11-2012


Pertamanya, Selamat Datang ke Blog Baru saya. Sila selesakan diri anda selagi sudi.

Akhirnya Saya terpaksa menyambung tulisan merapu Saya di sini. ‘Rumah lama’ sudah tak upaya menampung gambar lagi. Dan Saya pun dah tak rajin nak melayan beberapa setting untuk memulihkan keadaan.

Untuk entri sambungan, yaa... Saya nak tulis dan upload beberapa gambar sekitar Pertemuan Blogger di Lavender Heights, Senawang 18hb Ahad lalu.

Program yang dirancang kira-kira 2 bulan lalu, akhirnya berlangsung meriah walaupun kehadiran tidak dapat nak saing macam gathering sebelumnya. Cuti panjang di dalam cuti sekolah pula, ramai yang sudah memasang program lain.

Cuaca yang semedang hujan petang tidak mematah semangat bagi yang sudah bersedia untuk berimpun lagi. Saya bersama blogger Dato’ LF dan isteri serta Iyra, bergerak serentak lepas Zohor dari Bangi.

Walaupun hujan kejap lebat kejap berhenti, kami tiba juga di rumah Pakngah Hamzah al-Lavendari yang menjadi host gathering kali ini.

Pertama, nak tayang apa yang Puan blog ini bawa ke sana. Ini jer lah yang dia pandai...


Ada pelbagai menu, sesuai dengan majlis ala hi-tea.
Semua gambar makanan di sini yang saya sempat snap.


Puttu Mayam, dibawa oleh Acik Erna.


Nangka Madu yang manis, dibawa oleh Dato’ LF.


Epok-Epok Sayur, Pulut Tanak dan Pengat Durian, by Ida Mahmud.


Jagung campur Kelapa Parut, Cucur Jagung juga oleh Acik Erna.


Paprik Ayam dan Nasi Pakistan by, Ayu Akuzle.


Gulai Tempoyak yang menjadi rebutan dan idaman, by Acik Erna lagi.


Spagheti by Abah Zino.


Tuan rumah menyediakan Air Laici Kang. Mula-mula Saya dok sangka kuih raya dalam balang tu, rupanya bahan untuk Laici Kang.

Inilah hasilnya. Laici Kang.


Kali ini hanya sebiji kek berbanding dulu sampai 6,7 biji kek pada gathering.
Kek dibawa oleh blogger Abil.


Macam biasa, rekod kehadiran tetamu.



Suasana semasa acara kuiz berlangsung. Kuiz anjuran tuan rumah, yang menawarkan hadiah-hadiah dari luar negara! Saya ditugaskan sebagai pengacara majlis. Cewahhh...!



Semua tetamu mendapat soalan mudah dan hadiah masing-masing.



Semoga pertemuan kali ini mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama teman blogger. Next gathering diharap lebih ramai para blogger dapat meluangkan masa untuk bertemu berkenal-kenal, beramah mesra, bertukar pendapat juga saling sokong-menyokong.

Salam yang bersambut, lalu ukhwah terus bertaut...

Terimakasih kepada semua yang terlibat, juga kepada mereka yang saya ‘cilok’ beberapa gambar untuk dipaparkan di sini.

Lain-lain blogger yang turut menulis tentang pertemuan ini:
1. Dato’ LF: GATHER KITA-KITA AJE, AHAD 18 NOV 2012 ... MERIAH
2. Mama Ju: MUHARAM 5- PERTEMUAN BLOGGER DI LAVENDER HEIGHT
3. Abah Zino: Pertemuan pertama dengan warga KKA
4. Acik Erna: TERIMA KASIH TUAN RUMAH dan semua yang terlibat
5. Dr Daddy Ziyyad: Gathering Blogger 18 Nov 2012



~....sangat besar hasrat anak dara Pak Imam untuk menjadi menantu angkat Pak Utih kerana HISYAM menetap di Teratak Nyatuh, tetapi bila diuji Mak Utih menumbuk sambal sampai habis si ibu garam dek mata pedih, terus membuatkan SERI BULAN tersayat hati kerana dia yang lulus pun tidak dipandang orang...~


 

47 comments:

  1. Nak jadi pengomen pertama kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Bang YB. Juga menjadi follower pertama saya! Terimakasih!

      Delete
  2. Salam, ingatkan tadi jadi pengomen yg pertama .. tapi yg kedua ni pun dah ok. Mercu tanda kasut tu mesti ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Dato’. Mercu tanda, kasut nan sebelah!

      Delete
  3. Kakcik jadi pengomen kedua la... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... Selisih pulak dengan Dato' LF.... :)

      Delete
    2. Selisih tu, tegur sapa la ya. hehehe

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Tak sempat nak komen, YB dah komen hu huhuu

    ReplyDelete
  5. hehe mama datang! tapi tak boleh sign inlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Mama Ju. Blog saya terbuka public. Saya harap tiada masalah. Selagi boleh masuk, baca dan komen itu dah kira sign in dah tu.

      Delete
  6. Assalamualaikum Azie

    Jenguk2...kut2 ada rezeki lebih semalam punya...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Atuk...
      Ampum maaf ler Atuk. Memang dah tak berbaki. Jamu mata boleh lah. Hehehe

      Delete
  7. new blog lah ye..

    seronoknya korang.. tak de rezeki betul nak pegi.. INSYALLAH next time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dah malas nak fikir pasal setting nak space utk gambar. So buat jelah blog baru. Asal boleh terus menulis.

      Next time, insyaAllah. Tahun depan pasti akan ada gathering lagi.

      Delete
  8. seronok dapat berjumpa blogger semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... seronok. Sambil makan borak dan berkenal-kenal. Siap dapat hadiah lagi!

      Delete
  9. As salam Kak AA,

    Tahniah & syukur Alhamdullillah majlis berjalan lancar... Cantik 'rumah' baru...as always purple! I like~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Marya. Dah tak boleh nak pilih warna lain lagi dah selain purple. Terimakasih menyokong wpun jauh di rantau orang.

      Delete
  10. kak AA..

    menci ah!! jadi org yg tertinggai ketapi ni.. mujur pintu umah tak dak guard.. hehe...
    cantik rumah baru... 'perabot' pun belum banyak lagi...
    bila tgk gambaq rasa sungguh jelessss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eja... tu la kan? Kalu hang ada tang KL ni, bleh la join gathering ni semua. Takpa, kot ada rezeki, kita gather tang Utara plak nooo...

      Delete
  11. tak perasan nasi goreng daging itu rupa mcm nasi pakistan plaks...hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Nasi goreng Daging kah itu cik Puan? soriiiii....! hahaha

      Delete
    2. baik punya komen akuzle ayu !

      Delete
  12. Salam AA,

    Selamat berwajah baru, semoga apa sahaja yang dikongsi bersama hendaknya berterusan dengan sejahteranya dan Ratna adore membaca perenggan terakhir yaitu pasangan yang senantiasa memendam rasa HISHAM&SERI BULAN...

    Trigin tahu wahai AA, sepasang sepatu kasut berwarna unggu tersebut apa kah makna yang tersirat atau tersembunyi mengenainya?

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Ratna,
      terimakasih setingginya kerana masih sudi mengikut sehingga ke sini. Tiada yang istimewanya tentang Hisyam Seri Bulan. Sekadar sebuah cerita di luar skop. Susah untuk saya menghurai. Biarlah menjadi sebaris cerita selingan di situ.
      Tiada makna apa yg spesel juga pasal kasut nan sebelah itu. Sekadar nak maklumkan, saya gilakan kasut dan sukakan Purple.

      Delete
  13. assalamualaikum

    org kata mai rumah baru kena ada pendindingnya.
    hahha.. mai nak dinding dgn batu bata..huhu

    tahniah sis.... blog baru y sgt selesa

    jua.. bt semua group kka y attend seperti dlm gambar. u all the best..
    ayu doakan 1 hari ayu akan bada dlm celahan gambar u all

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayu,
      ohh sangat berharap, suatu hari nanti Ayu bukan sahaja berada di celahan gambar itu, tapi juga berada di kelompok kemeriahan. Dan berada dalam pelukan ramai teman blogger lain!

      Delete
  14. baru pagi ini sempat tengok .. tahniah kerana berpindah ke rumah baru. terima kasih atas entri ini yang banyak gambar yang saya tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Gambar Pakngah takda eh? hehehe buat lawak. Saya banyak snap gambar makanan jer Pakngahhhhh....

      Delete
  15. assalam AA
    Tahniah berpindah kerumah baru. Dah pasang langsir lutsinar lum? Pasanglaaa...senang I intai2 dari sinun.

    ReplyDelete
  16. wah bestnya menu2 tu semua
    telan air liur saya dgn gulai tempoyak kak erna

    ReplyDelete
  17. Tahniah., terkilan sy nak bersama kat sana.

    ReplyDelete
  18. meriah.. best..
    menu tu mantap.. ;)

    ReplyDelete
  19. I follow you... you follow me...? (ayat poyo blogger baru)

    ReplyDelete
  20. Salam kak azie..

    lap air liur tgk gambar makanan2 tu.. lap air mata tgk gambar kemeriahan gathering tu..

    ReplyDelete
  21. Laaaaaa! Yg dlm balang tu bahan2 utk laicikang rupa rupanya! kah kah kah..Saya makan begitu aja kacangnya...hahaha

    ReplyDelete
  22. Syukur alhamdulillah semuanya berlangsung dengan meriah. Hatiku tetap bersedih tak dapat join...

    ReplyDelete
  23. sedihnya tak dapat nak join...kn kerja lah pulok.btw mmg nampak meriah dengan kuih yangggg...(lap air liur) ^_^

    ReplyDelete
  24. hi kak azie! dah berumah baru..kasut purple tak tinggal nampak? :)


    ReplyDelete
  25. Yey...saya dah sampai rumah baru....

    Mesti pertemuan yang sangat mesra kan...jeles...

    ReplyDelete
  26. Salam Azi....
    Seronok tengok gambar makanan kat atas tu..banyaknya makanan yang Acik erna bawak...:)

    p/s..saya suka "rumah' baru ni....

    ReplyDelete
  27. slm kak azie.. sy dtg terjah blog baru akak..:p

    ReplyDelete

LinkWithin