السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
19-11-2012
Pertamanya, Selamat Datang ke Blog Baru saya. Sila selesakan diri anda selagi sudi.
Akhirnya Saya terpaksa menyambung tulisan merapu Saya di sini. ‘Rumah lama’ sudah tak upaya menampung gambar lagi. Dan Saya pun dah tak rajin nak melayan beberapa setting untuk memulihkan keadaan.
Untuk entri sambungan, yaa... Saya nak tulis dan upload beberapa gambar sekitar Pertemuan Blogger di Lavender Heights, Senawang 18hb Ahad lalu.
Program yang dirancang kira-kira 2 bulan lalu, akhirnya berlangsung meriah walaupun kehadiran tidak dapat nak saing macam gathering sebelumnya. Cuti panjang di dalam cuti sekolah pula, ramai yang sudah memasang program lain.
Cuaca yang semedang hujan petang tidak mematah semangat bagi yang sudah bersedia untuk berimpun lagi. Saya bersama blogger Dato’ LF dan isteri serta Iyra, bergerak serentak lepas Zohor dari Bangi.
Walaupun hujan kejap lebat kejap berhenti, kami tiba juga di rumah Pakngah Hamzah al-Lavendari yang menjadi host gathering kali ini.
Pertama, nak tayang apa yang Puan blog ini bawa ke sana. Ini jer lah yang dia pandai...
Ada pelbagai menu, sesuai dengan majlis ala hi-tea.
Semua gambar makanan di sini yang saya sempat snap.
Semua gambar makanan di sini yang saya sempat snap.
Nangka Madu yang manis, dibawa oleh Dato’ LF.
Epok-Epok Sayur, Pulut Tanak dan Pengat Durian, by Ida Mahmud.
Jagung campur Kelapa Parut, Cucur Jagung juga oleh Acik Erna.
Paprik Ayam dan Nasi Pakistan by, Ayu Akuzle.
Gulai Tempoyak yang menjadi rebutan dan idaman, by Acik Erna lagi.
Spagheti by Abah Zino.
Tuan rumah menyediakan Air Laici Kang. Mula-mula Saya dok sangka kuih raya dalam balang tu, rupanya bahan untuk Laici Kang.
Inilah hasilnya. Laici Kang.
Kali ini hanya sebiji kek berbanding dulu sampai 6,7 biji kek pada gathering.
Kek dibawa oleh blogger Abil.
Macam biasa, rekod kehadiran tetamu.
Suasana semasa acara kuiz berlangsung. Kuiz anjuran tuan rumah, yang menawarkan hadiah-hadiah dari luar negara! Saya ditugaskan sebagai pengacara majlis. Cewahhh...!
Semua tetamu mendapat soalan mudah dan hadiah masing-masing.
Semoga pertemuan kali ini mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama teman blogger. Next gathering diharap lebih ramai para blogger dapat meluangkan masa untuk bertemu berkenal-kenal, beramah mesra, bertukar pendapat juga saling sokong-menyokong.
Salam yang bersambut, lalu ukhwah terus bertaut...
Terimakasih kepada semua yang terlibat, juga kepada mereka yang saya ‘cilok’ beberapa gambar untuk dipaparkan di sini.
2. Mama Ju: MUHARAM 5- PERTEMUAN BLOGGER DI LAVENDER HEIGHT
3. Abah Zino: Pertemuan pertama dengan warga KKA
4. Acik Erna: TERIMA KASIH TUAN RUMAH dan semua yang terlibat
5. Dr Daddy Ziyyad: Gathering Blogger 18 Nov 2012
Lain-lain blogger yang turut menulis tentang pertemuan ini:
1. Dato’ LF: GATHER KITA-KITA AJE, AHAD 18 NOV 2012 ... MERIAH2. Mama Ju: MUHARAM 5- PERTEMUAN BLOGGER DI LAVENDER HEIGHT
3. Abah Zino: Pertemuan pertama dengan warga KKA
4. Acik Erna: TERIMA KASIH TUAN RUMAH dan semua yang terlibat
5. Dr Daddy Ziyyad: Gathering Blogger 18 Nov 2012
~....sangat besar hasrat anak dara Pak Imam untuk menjadi menantu angkat Pak Utih kerana HISYAM menetap di Teratak Nyatuh, tetapi bila diuji Mak Utih menumbuk sambal sampai habis si ibu garam dek mata pedih, terus membuatkan SERI BULAN tersayat hati kerana dia yang lulus pun tidak dipandang orang...~

Nak jadi pengomen pertama kali ni
ReplyDeleteTahniah Bang YB. Juga menjadi follower pertama saya! Terimakasih!
DeleteSalam, ingatkan tadi jadi pengomen yg pertama .. tapi yg kedua ni pun dah ok. Mercu tanda kasut tu mesti ada.
ReplyDeleteTerimakasih Dato’. Mercu tanda, kasut nan sebelah!
DeleteKakcik jadi pengomen kedua la... :)
ReplyDeleteAlamak... Selisih pulak dengan Dato' LF.... :)
DeleteSelisih tu, tegur sapa la ya. hehehe
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTak sempat nak komen, YB dah komen hu huhuu
Salam. Takpa. Tu kira dah komen ler tu.
Deletehehe mama datang! tapi tak boleh sign inlah..
ReplyDeleteTerimakasih Mama Ju. Blog saya terbuka public. Saya harap tiada masalah. Selagi boleh masuk, baca dan komen itu dah kira sign in dah tu.
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeleteJenguk2...kut2 ada rezeki lebih semalam punya...he he
Salam Atuk...
DeleteAmpum maaf ler Atuk. Memang dah tak berbaki. Jamu mata boleh lah. Hehehe
new blog lah ye..
ReplyDeleteseronoknya korang.. tak de rezeki betul nak pegi.. INSYALLAH next time..
I dah malas nak fikir pasal setting nak space utk gambar. So buat jelah blog baru. Asal boleh terus menulis.
DeleteNext time, insyaAllah. Tahun depan pasti akan ada gathering lagi.
seronok dapat berjumpa blogger semua..
ReplyDeleteYes... seronok. Sambil makan borak dan berkenal-kenal. Siap dapat hadiah lagi!
DeleteAs salam Kak AA,
ReplyDeleteTahniah & syukur Alhamdullillah majlis berjalan lancar... Cantik 'rumah' baru...as always purple! I like~~~
Salam Marya. Dah tak boleh nak pilih warna lain lagi dah selain purple. Terimakasih menyokong wpun jauh di rantau orang.
Deletekak AA..
ReplyDeletemenci ah!! jadi org yg tertinggai ketapi ni.. mujur pintu umah tak dak guard.. hehe...
cantik rumah baru... 'perabot' pun belum banyak lagi...
bila tgk gambaq rasa sungguh jelessss
Eja... tu la kan? Kalu hang ada tang KL ni, bleh la join gathering ni semua. Takpa, kot ada rezeki, kita gather tang Utara plak nooo...
Deletetak perasan nasi goreng daging itu rupa mcm nasi pakistan plaks...hihiih
ReplyDeleteAlamak! Nasi goreng Daging kah itu cik Puan? soriiiii....! hahaha
Deletebaik punya komen akuzle ayu !
DeleteMenjenguk blog baru Kak Azie...
ReplyDeleteTerimakasih Zureen. Sudi-sudikan yaaa....
DeleteSalam AA,
ReplyDeleteSelamat berwajah baru, semoga apa sahaja yang dikongsi bersama hendaknya berterusan dengan sejahteranya dan Ratna adore membaca perenggan terakhir yaitu pasangan yang senantiasa memendam rasa HISHAM&SERI BULAN...
Trigin tahu wahai AA, sepasang sepatu kasut berwarna unggu tersebut apa kah makna yang tersirat atau tersembunyi mengenainya?
Salam manis semanis madu.
Salam Kak Ratna,
Deleteterimakasih setingginya kerana masih sudi mengikut sehingga ke sini. Tiada yang istimewanya tentang Hisyam Seri Bulan. Sekadar sebuah cerita di luar skop. Susah untuk saya menghurai. Biarlah menjadi sebaris cerita selingan di situ.
Tiada makna apa yg spesel juga pasal kasut nan sebelah itu. Sekadar nak maklumkan, saya gilakan kasut dan sukakan Purple.
assalamualaikum
ReplyDeleteorg kata mai rumah baru kena ada pendindingnya.
hahha.. mai nak dinding dgn batu bata..huhu
tahniah sis.... blog baru y sgt selesa
jua.. bt semua group kka y attend seperti dlm gambar. u all the best..
ayu doakan 1 hari ayu akan bada dlm celahan gambar u all
Salam Ayu,
Deleteohh sangat berharap, suatu hari nanti Ayu bukan sahaja berada di celahan gambar itu, tapi juga berada di kelompok kemeriahan. Dan berada dalam pelukan ramai teman blogger lain!
baru pagi ini sempat tengok .. tahniah kerana berpindah ke rumah baru. terima kasih atas entri ini yang banyak gambar yang saya tak ada.
ReplyDeleteAlamak! Gambar Pakngah takda eh? hehehe buat lawak. Saya banyak snap gambar makanan jer Pakngahhhhh....
Deleteassalam AA
ReplyDeleteTahniah berpindah kerumah baru. Dah pasang langsir lutsinar lum? Pasanglaaa...senang I intai2 dari sinun.
wah bestnya menu2 tu semua
ReplyDeletetelan air liur saya dgn gulai tempoyak kak erna
Tahniah., terkilan sy nak bersama kat sana.
ReplyDeletemeriah.. best..
ReplyDeletemenu tu mantap.. ;)
I follow you... you follow me...? (ayat poyo blogger baru)
ReplyDeleteSalam kak azie..
ReplyDeletelap air liur tgk gambar makanan2 tu.. lap air mata tgk gambar kemeriahan gathering tu..
Laaaaaa! Yg dlm balang tu bahan2 utk laicikang rupa rupanya! kah kah kah..Saya makan begitu aja kacangnya...hahaha
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah semuanya berlangsung dengan meriah. Hatiku tetap bersedih tak dapat join...
ReplyDeletemeriah uolssss...
ReplyDeletesedihnya tak dapat nak join...kn kerja lah pulok.btw mmg nampak meriah dengan kuih yangggg...(lap air liur) ^_^
ReplyDeletehi kak azie! dah berumah baru..kasut purple tak tinggal nampak? :)
ReplyDeleteYey...saya dah sampai rumah baru....
ReplyDeleteMesti pertemuan yang sangat mesra kan...jeles...
Salam Azi....
ReplyDeleteSeronok tengok gambar makanan kat atas tu..banyaknya makanan yang Acik erna bawak...:)
p/s..saya suka "rumah' baru ni....
slm kak azie.. sy dtg terjah blog baru akak..:p
ReplyDeleteAA-aku dah datang dah...:D
ReplyDelete